|
|
| Saturday, 10-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Trio in Langkawi
|
|
It was an adhoc plan...for Shahel. Che'ka and myself has been planning this trip months ago with another friend, Wan. Unfortunately, when the day came he couldn't make it for some personal reasons...(ahh! sudah la ko Wan!...heheh).
I drove all the way to KL and parked my car at Shahel's apartment, then took his car to Usin's house at Kg. Sanglang, Kodiang, Kedah. We reached there around 9.30 am the next day. Fuh!..lepak beb!...
....to be continued...more to come...gotta resume my work....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 26-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rumah Terbuka Aidilfitri Johor Lifesaving Society
|
|
 |
|
Hadirin mula memenuhi dewan
|
|
 |
|
Y.A.M. Tunku Hajah Shahariah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman
|
| | View all 6 photos... |
|
Persatuan Penyelamat Kelemasan Johor atau Johor Lifesaving Society telah mengadakan Rumah Terbuka bersempena dengan Aidilfitri bertempat di Hotel Hyatt Regency Johor Bahru. Majlis telah mendapat penghormatan diraja dengan keberangkatan Y.A.M. Tunku Shahariah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, penaung Sekolah Kanak-Kanak Spastik Johor.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama ahli persatuan dan juga pihak-pihak luar seperti NGO lain dan juga penaja yang telah banyak menyokong program dan aktiviti yang telah dan akan kami laksanakan.
Selain itu, majlis ini juga bertujuan bagi meraikan golongan kurang upaya dari Sekolah Kanak-Kanak Spastik Johor. Sumbangan cenderahati dari pihak penaja turut disampaikan pada majlis tersebut.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bengkel Seni Fotografi Kreatif ITTutor.net (Sehari bersama SN)
|
 |
|
Antara BM dan SN
|
|
 |
|
Cikgu sedang mengajar
|
|
 |
|
Juan dan Sniper sdg khusyuk mendengar kuliah
|
| | View all 15 photos... |
|
ITTutor.net dengan kerjasama Sekolah Pengajian Graduan, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Bengkel Seni Fotografi Kreatif (Sehari Bersama Saiful Nang) pada hari Sabtu, 29 Oktober 2005 bertempat di UPM, Serdang.
Ucapan terima kasih kepada semua kerabat kerja yang telah bersama-sama membantu saya menjayakan bengkel ini. Tidak lupa juga buat saudara Saiful Nang, terima kasih daun keladi, esok lusa boleh buat bengkel lagi
Pada hari yang sama juga, ITTutor telah mengadakan majlis berbuka puasa sempena Ramadhan Al-Mubarak. Majlis telah diadakan di Kelab Tasik Putrajaya.
Penghargaan buat eastone, kasuke, sniper (sorry kalau nama anda tertinggal utk disebutkan di sini) di atas 'pinjaman' koleksi gambar mereka.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Stulang Laut Swim 4 Fun 2005-Merdeka Swimming Marathon
|
|
Persatuan Penyelamat Kelemasan Negeri Johor (PPKJ) buat kesekian kalinya telah menganjurkan acara renangan jarak jauh tahunannya. Bagi tahun 2005, Pantai Stulang Laut telah dipilih sebagai lokasi acara sempena bulan kemerdekaan ini.
Datuk Sulaiman Mohd Noor, penaung persatuan ini telah menyampaikan ucapan dan pesanan kepada para peserta sebelum pelepasan para perenang disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Hajah Shahariah.
Sultan Johor, Sultan Iskandar juga telah berkenan untuk melawat tempat acara buat seketika dan bersalaman dengan peserta.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Jijie
|
 |
|
Woit!, kot yea pun henpon tu simpan laa!...haha
|
|
 |
|
Kedua mempelai beriringan ke rumah pengantin lelaki
|
|
 |
|
Apa agaknya yg pengantin gelakkan tu? :)
|
| | View all 8 photos... |
|
Walaupun cuti sekolah dah berakhir, tak bermakna majlis perkahwinan takde langsung. Hmm...sorang lagi geng sekapal sekolah rendah naik pelamin, tak lain tak bukan Azizi Omar atau dengan panggilan mesranya Jijie.
Majlis berlangsung di kediaman beliau di Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru pada tanggal 18 Jun 2005, bersamaan hari Sabtu. Beliau menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya yang berasal dari Kuala Lumpur (err nama aku terlupa plak), nanti aku cek balik kat kad jemputan. Kalau tak silap mereka bertemu ketika menuntut di UIA, Gombak.
Apa pun, Selamat Pengantin Baru buat Jijie. Semoga berkekalan ke akhir hayat dan cepat² la timang anak!...ahakss.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 11-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Izwan
|
 |
|
"Meh sini Abang ajar mcmana nak pakai samping yea!"
|
|
 |
|
Retro...
|
|
 |
|
Muka cam confident, tapi berdebar tu beb!
|
| | View all 6 photos... |
|
Majlis perkahwinan Izwan a.k.a Mat Plex, ex-classmate aku masa kat SMSJ berlangsung 2 pada hari Sabtu, 11 Jun 2005 di rumah pihak perempuan dan Ahad, 12 Jun 2005 di rumah pihak lelaki.
Sorry la Wan sbb tak dapat nak pergi ke majlis kat rumah ko, ada wedding lain plak yg kena aku attend.
Apa pun, selamat pengantin baru diucapkan. Semoga kekal ke akhir hayat, insya-Allah.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Manoq
|
|
|
Huhuhu sorang lagi geng kawin dah. Pehh!, ni antara partner in crime aku dulu, heheh. Kawin jugak akhirnya. Anyway...Manoq, Selamat Pengantin Baru beb!!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 29-May-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Mudzaffar
|
|
Bermula dengan cinta monyet di bangku sekolah, berpisah buat seketika kerana melanjutkan pelajaran, bertemu semula selepas habis menuntut di Universiti dan akhirnya berakhir di jinjang pelamin.
Mudz dan Sherry, bagai pinang dibelah dua, sama cocok, samada padan. Apa pun, tahniah buat Mudz, sepupu yg bole tahan rapat gak dgn aku ni. Semoga jodoh berkekalan hingga ke anak cucu!.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-May-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 26-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gathering ITTutor Johor
|
|
|
Ahli ITTutor Johor telah mengadakan perjumpaan kecil di Restoran Lambaian Bayu di Danga Bay, Johor Bahru pada 26hb Mac 2005, jam 8 malam. Seramai 10 org telah hadir pada perjumpaan tersebut. Ahli yang telah menghadirkan diri adalah silverx, mEoWsMArt^, juan pablo, budak momok, Ibnu Sina, RE^think, ironduke dan scaryboy.
|
|
|
|